Page 248 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 248
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
1 DOMAIN KOGNITIF
SINTESIS
• Keupayaan murid menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih
berstruktur, tersusun dan menyeluruh. Murid perlu menggabungkan sesuatu struktur daripada yang tidak jelas kepada
satu struktur atau perkara yang lebih jelas.
SINTESIS PENYAMPAIAN Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan
tujuan tertentu seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan
perasaan marah. Misalnya, murid dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang
menarik.
SINTESIS HIMPUNAN Sintesis himpunan, iaitu sintesis yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Misalnya,
murid dapat kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksaan.
SINTESIS CADANGAN Sintesis cadangan iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis
dan hubungan yang abstrak. Misalnya, murid dapat mengemukakan teori yang dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

