Page 246 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 246
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
1 DOMAIN KOGNITIF
APLIKASI
• Mewakili keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan
situasi am (Abu Bakar Nordin, 1986).
• Pada peringkat ini, murid benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Sebagai guru, kita juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
• Keupayaan menggunakan ilmu dalam menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengan menjadi petunjuk sama ada
murid telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran berkenaan.
• Murid dikatakan menguasai Aplikasi, sekiranya mereka dapat :
✓ Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang baru
✓ Menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah baru
✓ Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah baru
✓ Menelaah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

