Page 262 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 262
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
4 DOMAIN SOSIAL
• Selain proses / aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama, kita dapati proses / aktiviti dalam bidang hubungan sosial
tidak dapat perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan
orang lain.
MEMULAKAN Mewakili kebolehan memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa
menghadapi risiko tertentu. Di sini tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu
ingin melihat ahli-ahli kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contohnya hasil pembelajaran
peringkat memulakan ialah – Murid berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama ahli-
ahli kumpulannya.
MENUKAR Mewakili keupayaan menukar gaya hidup ahli kumpulan kepada gaya hidup baharu seperti mencintai
alam sekitar. Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan
seseorang itu ingin melihat ahli kumpulannya hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh
hasil pembelajaran peringkat menukar ialah – Murid berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya
membersihkan kawasan sekolah setiap minggu.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

