Page 258 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 258
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
3 DOMAIN PSIKOMOTOR
PERGERAKAN CIPTAAN
Mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.
Misalnya, murid berjaya melakukan pergerakan smash baru dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat semasa
bola rendah. Contoh hasil pembelajaran peringkat pergerakan ciptaan ialah – Murid dapat melakukan smash baru dalam
permainan bola tampar dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung.
Antara contoh kata kerja psikomotor lain :
✓ Menulis dengan jelas dan teratur
✓ Melukis semula graf dengan tepat
✓ Bermain piano dengan cekap
✓ Menunjukkan cara membina jadual dengan betul
✓ Mencipta gerakan baru
✓ Melukis carta pai bertingkat
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

