Page 257 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 257
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
3 DOMAIN PSIKOMOTOR
PERGERAKAN KOMPLEKS
Mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, murid berjaya
melakukan pergerakan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat iaitu berjaya melakukan pergerakan
ini sendiri tanpa meniru guru. Contoh hasil pembelajaran peringkat pergerakan kompleks ialah – Murid dapat melakukan
smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat.
PERGERAKAN SUAIAN
Mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan tepat dalam keadaan tertentu. Misalnya, murid
berjaya melakukan pergerakan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung. Contoh
hasil pembelajaran peringkat pergerakan suaian ialah – Murid dapat melakukan smash dalam permainan badminton
dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

