Page 261 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 261
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
4 DOMAIN SOSIAL
• Selain proses / aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama, kita dapati proses / aktiviti dalam bidang hubungan sosial
tidak dapat perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan
orang lain.
BEKERJASAMA Mewakili kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek seperti
bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku berkerja sama menunjukkan
seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek / masalah yang dihadapi. Contoh
hasil pembelajaran peringkat bekerjasama ialah – Murid dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk
menjayakan projek.
MENGHAKIM Mewakili kebolehan bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan
pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran
menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan ahli kumpulannya. Contoh
hasil pembelajaran peringkat menghakim ialah – Murid dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan
ahli kumpulan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

