Page 260 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 260
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
4 DOMAIN SOSIAL
• Selain proses / aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama, kita dapati proses / aktiviti dalam bidang hubungan sosial
tidak dapat perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan
orang lain.
MELIBATKAN DIRI Mewakili kebolehan melibatkan diri secara sukarela dalam sesuatu aktiviti berkumpulan seperti
berbual-bual dengan beberapa orang lain. Disini, tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli
kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh hasil pembelajaran peringkat
melibatkan diri ialah – Murid mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan.
BERUNDING Mewakili kebolehan membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu isu / masalah
yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Contoh hasil pembelajaran
peringkat berunding ialah – Murid cuba mencadangkan sesuatu supaya suatu masalah yang dihadapi
dapat diselesaikan dengan segera.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

