Page 275 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 275
PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN
4 Penentuan strategi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk membina laluan yang
mudah dan menarik bagi memudahkan pemahaman dan seterusnya membolehkan penguasaan sesuatu
pengetahuan dan kemahiran secara berkesan.
Strategi mampu membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka untuk
menerima pelajaran melalui satu proses yang teratur.
Pemilihan strategi-strategi yang sesuai dan tepat, merangsangkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pelbagai kegiatan pembelajaran bilik darjah.
Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid berbeza-beza dari segi
kebolehan, keupayaan, minat dan bakar dan kecenderungan.
Guru harus dapat memilih dengan baik pendekatan, kaedah dan teknik-teknik yang sesuai dengan perkembangan
diri dan kebolehan murid-murid. Usaha ini pasti dapat menjadikan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan
menarik minat murid untuk belajar.
Strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

