Page 280 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 280
ELEMEN ASAS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
11 BAHAN BANTU
Semua bentuk bahan sumber yang digunakan untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran meliputi bahan elektronik, cetak, objek 3D, carta dan sebagainya
12 SET INDUKSI
Merujuk kepada satu aktiviti berfokus untuk menarik perhatian murid, menyediakan atau membentuk
kesediaan fizikal dan mental ke arah pembelajaran.
13 PROSEDUR DAN LANGKAH-LANGKAH
Merupakan turutan aktiviti pelajaran yang dirancang untuk dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
14 PENILAIAN
Merupakan proses mengumpulkan maklumat dan membincangkannya daripada pelbagai sumber
dengan tujuan mendapatkan pemahaman serta mengukur kefahaman murid
15 PENUTUP
Kesimpulan pelajaran untuk membantu murid menyusun maklumat agar menjadi lebih bermakna
dalam minda murid.
16 REFLEKSI
Tindakan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi membolehkan guru mengatur
semula apa yang dilakukan semasa sedang melakukannya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

