Page 412 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 412

PENTAKSIRAN SUMATIF






         Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai

         yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat

         pemilihan/pengredan. Contohnya, dengan mengadakan ujian pada akhir tahun merangkumi semua tajuk yang

         telah dipelajari. Penilaian ini dilakukan secara formal.




                                 PENTAKSIRAN BERASASKAN KEMAHIRAN






         ❑ Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan,

              pendengaran dan kinestetik. Ia juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang merupakan kebolehan

              untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul.


         ❑ Aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat - kebolehan individu memproses input

              ke dalam otak dan menterjemah dengan pelakuan dan tindakan yang bersesuaian.












   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   407   408   409   410   411   412   413   414   415   416   417