Page 411 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 411
PENTAKSIRAN BERASASKAN PRODUK
Penilaian ini dilakukan ke atas pelajar bagi mengawal proses dan memanfaatkan penggunaan bahan. Hal ini
bertujuan menghasilkan kualiti estetik dari sesuatu yang dihasilkan oleh pelajar. Sebagai contoh ialah hasil
karya seni atau penulisan pelajar.
PENTAKSIRAN FORMATIF
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh
dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini
dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya. Contohnya menyoal pelajar semasa PdP dijalankan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

