Page 62 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 62

PENERAPAN TEORI BRUNER TERHADAP PEMBELAJARAN






                                                                                                                      Pembelajaran berasaskan penemuan
                         Dalam pembelajaran bilik darjah                                                              berpandu

                         Guru hendaklah menyediakan situasi masalah yang dapat                                        Guru mengemukakan masalah, soalan, memberi arahan
                         memberangsangkan murid membuat penemuan berasaskan                                           menjalankan kajian / eksperimen serta mengawasi aktiviti

                         kategori struktur sesuatu perkara. Struktur terdiri daripada                                 murid. Murid pula membuat pemerhatian, merangka
                         idea, hubungkait atau pola asas.                                                             hipotesis dan menguji penyelesaian. Kaedah proses
                                                                  Khusus                                              pembelajaran ini dikenali penemuan berpandu.



                         Dikelola secara induktif                             Umum                                    Proses pengajaran bilik darjah :

                         Murid membuat penemuan tentang struktur sesuatu perkara                                      •    Mengemukakan banyak contoh mengenai sesuai
                         untuk membuat satu generalisasi. Untuk mencapai matlamat                                          konsep
                         ini konsep-konsep perkara itu mestilah berkait rapat antara                                  •    Menekankan struktur asas sesuatu perkara yang
                         satu dengan lain untuk membentuk perhubungan yang                                                 baharu
                         bermakna.
                                                                                                                      •    Menggunakan pembelajaran situasi yang
                         Penyertaan aktif                                                                                  berlainan untuk menyelesaikan masalah


                         Guru mengendalikan kelas supaya murid mendapat peluang                                       •    Mengemukakan soalan kepada murid dan
                         belajar melalui penyertaan aktif. Guru memainkan peranan                                          meminta murid menjawabnya
                         sebagai pembimbing untuk memberi panduan sesuai kepada                                       •    Menggalakkan murid membuat tekaan naluri.
                         murid.




   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67