Page 57 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 57
Subordinat & TEORI KOGNITIF – DAVID AUSUBEL
Superordinat
• Ausubel mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pembelajaran subordinat dan superordinat.
• Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi bahan baru lebih mudah dan berkesan.
• Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan pengalaman sedia ada murid. Dengan maklumat baharu yang
hendak disampaikan oleh guru.
• Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif, guru akan mengajar satu konsep terlebih dahulu dan ini akan diikuti dengan contoh-contoh
yang khusus yang dapat mengukuhkan konsep tersebut.
• Contoh konsep : Barang yang berat akan tenggelam. Contoh barang berat : kereta buruk, batu besar
• Dalam pembelajaran superordinat atau induktif, guru akan memulakan idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar
dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat.
• Contoh : Daun, bulu ayam – prinsip barang ringan akan terapung
Teknik Hafazan
• Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan.
• Walau bagaimanapun guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.
• Teknik hafazan secara tubi perlu dalam proses menghafal dan mengingati rumusan dan sifiran.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

