Page 116 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 116

KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH





                                      PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH


       1                        GURU KURANG BERFUNGSI                                             2                     WUJUD KUMPULAN TERTENTU





           Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang                                     Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah
              paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat                                        mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu

              yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan                                     seperti kumpulan-kumpulan elite yang mempunyai prestasi

              dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana                                              pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain.
              peringkat sama ada rendah mahupun menengah. Gagal                                            Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam

              memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan                                        pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana

              perubahan tingkah laku yang negatif dalam diri murid- murid.                                 wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada

              Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal                                          masalah disiplin yang lain.
              terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah,

              seterusnya membawa kepada masalah disiplin.













                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121