Page 114 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 114

KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH






                                                  ASPEK PENGURUSAN BERKAITAN DENGAN DISIPLIN MURID



          Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

          Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses

              pengajaran pembelajaran.

          Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa

              khuatir mengenai masalah- masalah didiplin.

          Ini kerana kejayaan dan kegagalan di sepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik

              darjah.


          Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga
              membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.


          Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional,
              mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan-peraturan yang diterima umum.


          Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
              memperbetulkan tingkah laku yang tidak diingini.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119