Page 133 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 133
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
❑ Daripada contoh-contoh isu dan masalah-masalah dalam beberapa mata pelajaran seperti yang dibincangkan di atas,
guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit di dalam satu-satu proses pengajaran
dan pembelajaran dan membuat keutamaan kepada isu-isu berkenaan. Kenapa guru perlu membuat keutamaan?
❑ Guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu berkenaan,
dikatakan sebagai isu prihatin iaitu sekiranya isu tersebut tidak diatasi ia akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran guru seterusnya. Dan sekiranya masalah prihatin berkenaan tidak di atasi oleh pihak murid berkenaan
pula maka ia akan menyebabkan murid berkenaan tidak dapat mengikuti pembelajaran seterusnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

