Page 136 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 136
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
Bagaimana untuk mengenal pasti isu atau masalah?
PEMERHATIAN
Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas pemulihan dan melalui respons murid kepada soalan
- soalan yang diajukan.
TEMUBUAL
Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-
murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Temu bual ini secara tidak langsung
dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi temu bual ini dilakukan bersama murid di sekolah dan
bersama ibu bapa atau penjaga dalam sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan pihak pentadbir dan guru
pemulihan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

