Page 132 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 132
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
❑ Bagi guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pula misalnya mendapati beberapa orang murid yang gagal
berkomunikasi dengan baik. Kewujudan murid-murid sedemikian di dalam bilik darjah akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
❑ Atau pada peringkat yang lebih tinggi sedikit, guru-guru kadang-kadang berhadapan dengan masalah murid yang
tidak dapat menulis karangan dengan baik kerana tidak tahu mengadakan isi-isi penting bagi sesuatu tajuk.
❑ Atau kalau tahu isi-isi penting gagal pula menyediakan penulisan yang baik bagi mengketengahkan isi-isi berkenaan.
Tidak dapat membuat ayat topik, ayat huraian maupun ayat contoh. Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian
oleh guru kerana sekiranya dibiarkan ia akan membantutkan kemampuan pembelajaran murid berkenaan seterusnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

