Page 129 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 129
PRINSIP PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN
Menurut Elliot (1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam
kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah
amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial di sekolah. Dalam usaha menyelidik, guru sebenarnya melakukan
inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.
Sehubungan itu, untuk melaksanakan kajian tindakan dengan berkesan anda perlulah:
❑ membuat perancangan yang mengandungi langkah-langkah dan tindakan yang bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan kajian.
❑ menjalankan tindakan dengan melaksanakan setiap perancangan dalam situasi yang sistematik dan
terkawal
❑ tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci.
❑ refleksi ke atas tindakan perlu dilakukan kerana ia penting untuk pembinaan makna situasi sosial dan
menyediakan asas untuk perancangan tindakan anda selanjutnya selanjutnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

