Page 141 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 141

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut :




        ❑ Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan


       ❑ Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak

            dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah

            yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui
            lebih lanjut adalah seperti berikut:

                ✓ Pelajar manakah yang tidak berminat?

                ✓ Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?
                ✓ Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza?

                ✓ Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau matapelajaran- matapelajaran tertentu sahaja yang

                      menunjukkan mereka kurang berminat?
                ✓ Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?

       ❑ Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-

            soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang sesuai

            berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.





                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146