Page 139 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 139

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  MERANCANG TINDAKAN



                        Dalam persekitaran bilik darjah yang dilalui saban hari tentunya guru-guru tidak pernah sunyi daripada pelbagai

                        masalah. Masalah-masalah yang ‘mungkin’ berpunca dari murid-murid. Murid nakal semasa guru mengajar,

                        murid malas belajar, murid tidur semasa guru mengajar, murid tidak memberi perhatian semasa guru mengajar

                        dan lain-lain lagi yang sering menjadi masalah kepada guru dan mempengaruhi keseluruhan mod pembelajaran

                        terganggu. Sebagai seorang guru yang komited, kita akan membuat refleksi selepas setiap pengajaran kita.

                        Guru yang sering membuat refleksi, membuat muhasabah serta penilaian kendiri adalah guru yang baik. Guru

                        yang sentiasa mahu memperbaiki diri. Guru yang ingin melihat kejayaan dalam kalangan murid-murid.



                        Oleh yang demikian guru mungkin sentiasa bertanya :




                        ❑ Bagaimana masalah seperti di atas berlaku?

                        ❑ Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

                        ❑ Apakah saya mampu melaksanakannya?








                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144