Page 144 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 144

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  PEMERHATIAN DAN DATA ANALISIS




          ❑ Semasa guru menjalankan tindakan yang dirancangkan, proses pengumpulan data juga boleh dilakukan melalui

               pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh rakan pengkaji atau rakaman video boleh dilakukan.

          ❑ Di samping itu, data daripada bentuk-bentuk lain seperti ujian dan lain-lain bentuk pentaksiran juga boleh dijalankan.

               Setelah selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-

               kaedah seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya.

          ❑ Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi.

               Kaedah analisis dan interpretasi bergantung kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data

               kualitatif.

          ❑ Yang pentingnya adalah penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat

               sama ada tindakan yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak.

          ❑ Analisis dan interpretasi data akan dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi.












                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149