Page 143 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 143

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN





                  MENJALANKAN TINDAKAN




       ❑ Pada peringkat ini anda sudahpun mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi situasi sosial yang
            berlaku di sekolah anda. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan

            segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul

            maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi

            pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk
            mengumpul maklumat yang diperlukan.

       ❑ Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan

            rakan sekerja yang lain. Sebaik-baiknya cuba libatkan lebih ramai rakan anda untuk membantu melaksanakan kegiatan tindakan. Di
            peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang tindakan. Tindakan atau

            intervensi anda itu misalnya, mungkin melibatkan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan

            pendekatan dan strategi pembelajaran yang berbeza. Dalam hal ini, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran

            dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Dengan kata lain, ada yang terlibat dalam
            melaksanakan tindakan dan ada juga yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan

            yang telah dipilih dan dikenal pasti itu.







                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148