Page 102 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 102
komentar
KESEJAHTERAAN MENTAL BERMULA DARI DIRI SENDIRI
Dr Sakinah Salleh
Jabatan Moral, Sivik Dan Pembangunan Karakter
Media sosial memberikan pengaruh terhadap persepsi seseorang terhadap dirinya, orang lain dan
kemampuan kendiri untuk mengharungi tuntutan kehidupan. Pada masa ini, penggunaan laman sosial
melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, Instagram, Tik Tok “My
Space”, “Frienster”, dan sebagainya memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya.
Hari ini ramai pengguna media sosial mengidap kemurungan tanpa mereka sedar. Ini kerana penggunan
media sosial boleh memberi kesan kepada psikologi penggunanya. Penggunaan laman sosial melalui
internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Menurut pandangan pakar
psikologi, penggunaan gajet dan media sosial secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan masalah
mental malah semakin banyak kajian saintifik telah menunjukkan perkaitannya dengan kes-kes
kemurungan, keresahan melampau (anxiety disorder) dan perilaku impulsif.
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang, yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih
yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
Penyakit kemurungan dikategorikan sebagai salah satu penyakit mental yang banyak berlaku kepada
warga, tetapi malangnya ramai yang tidak mengetahui implikasi penyakit ini akibat kurangnya pendedahan
dan tidak didiagnosis dari awal, sehinggalah penyakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi.
Masalah kemurungan yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia
merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan
fungsi harian seseorang individu.
Pesakit yang mengalami masalah kemurungan seringkali mengalami perasaan sedih, rasa cemas, mudah
marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta
kesukaran menumpukan perhatian dan mengingati maklumat atau sukar membuat keputusan menjadi.
Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan. Bahkan ada juga
kemungkinan wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri ini kerana masalah kemurungan ini boleh
berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira status seseorang itu bahkan ia boleh berlaku kepada orang
disekeliling kita tanpa kita ketahui.
Ramai yang keliru dan mengganggap bahawa kemurungan sama sahaja dengan stres. Ada segelintir
indidivu yang sering mengaku beliau mengidap kemurungan walau sebenarnya ia hanya stres.
Kebiasaanya tekanan yang dialami berpunca dari situasi yang berlaku di tempat kerja, burnout, masalah
konflik dalam perhubungan, masalah kewangan dan pelbagai lagi cabaran yang berkait. Tekanan tidak
dikira sebagai satu penyakit, ini kerana ia boleh dikawal, namun tekanan mampu membawa kepada
kemurungan jika tidak dapat dikawal dan semakin kronik. Kebiasaanya setiap individu normal akan
berdepan dengan tekanan. Apa yang membezakannya hanyalah bagaimana inidividu melihat persoalan
yang dihadapi.
Tekanan boleh menjadi sesuatu yang memberikan hasil positif dan dapat menambah motivasi diri bagi
melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Individu perlu bijak mengawal tekanan dan tidak
membiarkan tekanan yang dihadapi tanpa ada solusi. Ini kerana implikasi yang negatif boleh berlaku
kepada semua aspek kehidupan jika individu berdepan keadaan stres yang berpanjangan. Usaha
menyelesaikan
77

