Page 99 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 99
komentar
Selain teguran daripada Allah, seorang Muslim yang yang diuji juga akan dihapuskan dosa-dosanya.
Diriwayatkan daripada Ahmad dan Ibn Hibban, daripada Saidatina Aishah (ra), Rasulullah (ﷺ) bersabda:
Bila dosa seseorang hamba itu banyak, dan tiada apa yang menghapuskannya, Allah akan mengujinya
dengan kebimbangan dan kesedihan untuk menghapuskan dosanya. Dalam riwayat yang lain, Sumir bin
Wasil mendengar Umar al-Khatab (ra) berkata: Jika seseorang itu berkurangan dari segi amalan
kebaikannya, Allah Taala mengujinya dengan sesuatu yang membimbangkannya dan menyedihkannya
untuk menghapuskan dosa-dosanya.
Bilamana diuji, seseorang harus menentukan sikapnya agar dia tidak melatah mengikut rentak
emosi. Perasaan, sikap dan tindakannya harus berpandukan ilmu. Perasaan bimbang dan sedih hasil dari
ujian haruslah rasional dan cukup untuk mencetuskan satu tindakan sewajarnya dan bukannya
menjadikannya terlalu bimbang, sedih dan putus asa. Imam Isfahani di dalam kitabnya al-Dhari’ah dengan
jelas menyebut: Bimbang hadir dalam tiga situasi: samada berkaitan dengan sesuatu yang mustahil, sesuatu
yang perlu dan sesuatu yang mungkin. Dalam situasi yang mustahil, orang yang bijak tidak akan merasa
risau dengannya. Jika ia berkaitan dengan keperluan yang tak dapat dielakkan seperti dengan kematian,
seseorang harus mengetahui bahawa itu adalah bahagian tetap seseorang individu. Jika adanya itu adalah
mungkin, tetapi tidak boleh dielak seperti menjadi tua, dalam hal ini kebimbangan adalah kejahilan, ianya
akan menyebabkan tahap kebimbangannya bertambah. Jika berlakunya adalah mungkin, namun dapat
ditolak, maka ia patut ditolak dengan segera tanpa perlu merasa bimbang. Jika mengelakkannya adalah
mustahil, maka hendaklah ia bersikap sabar and sedar akan maksud firman Allah:
َٰ
َ
َ
َ
َ
َ
َّ
ريِسَي ِهـللا ىَلَع َكِلَذ َّنإ ۚ اَهأ َ رْبَّن نأ ِ لْبَق نِِّم ٍباَتِك يِف َّ لَّإ ْ مُكِس ُفنأ يِف َ لَّو ِ ض ْ ر ْ لْا يِف ٍةَبي ِ صُْم نِم َ با َ صأ ا َ م
ِ
َ
ِ
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam
Kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Surah al-Hadid:22)
Wallahu a’lam bi-sawab
74

