Page 100 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 100
komentar
PERSPEKTIF TENTANG KESIHATAN MENTAL DALAM MUSIM COVID NI
Pn. Nurin Binti Jaaffar (KB01552, PA01146)
Kaunselor Berdaftar
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Kaunseling,
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan penyakit kesihatan mental sepanjang
pandemik covid 19 di kalangan rakyat Malaysia yang dikenalpasti menerusi sesi kaunseling yang saya
jalankan antaranya :-
1. Anxiety terhadap perkara yang belum berlaku seperti panik dan risau jika diri dan ahli kelurga
dijangkiti. Kerisauan yang berpanjangan ini akan menganggu kesihatan mental seseorang jika
tidak dibendung.
2. Berlaku perubahan daripada corak kehidupan harian dimana tidak lagi bebas untuk melakukan
aktiviti seharian di luar dan sebaliknya harus menghabiskan banyak masa di rumah. Kurangnya
komunikasi dengan orang lain dan sentiasa terperap dirumah juga merupakan salah satu faktor
penyebab stress dan kemurungan berlaku. Kanak-kanak juga turut terkesan dan tantrum kerana
bosan dan tidak dapat keluar rumah.
3. Pergaduhan antara pasangan suami isteri atau adik beradik .
4. Berlaku masalah penderaan terhadap kanak-kanak kerana ibu bapa tertekan terutama sekali
yang terlibat dengan pengambilan DADAH.
5. Dalam kalangan pelajar IPTA punca stress dan kemurungan berlaku kerana cara belajar dalam
talian yang jauh lebih tekanan berbanding hadir ke kelas. Masalah dengan keluarga juga turut
menyebabkan tekanan berlaku kerana mereka berada di kampung.
6. Terdapat ibu bapa yang tekanan kerana terpaksa menguruskan PDPR dan karenah anak-anak
dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan kerja pejabat ketika bekerja daripada rumah dan
kerja rumah.
7. Pesakit yang sedang menghidap covid 19 sangat tertekan dan trauma memikirkan sama ada
mereka akan sembuh atau tidak juga menyebabkan kemurungan boleh berlaku.
8. Jika ahli keluarga dijangkiti juga menyebabkan tekanan berlaku di kalangan ahli keluarga yang
lain.
9. Kehilangan punca pekerjaan serta menghadapi masalah kewangan juga turut menyebabkan
penyakit kesihatan mental berlaku.
10. Kerinduan terhadap pasangan dan anak-anak bagi pasangan yang terpaksa PJJ dan juga risau
terhadap kesihatan ibu ayah di kampung tetapi tidak dapat pulang kerana tidak boleh merentas
negeri.
11. Berlaku peningkatan kes cubaan bunuh diri kerana faktor-faktor seperti diatas.
Kesimpulannya ramai yang terkesan daripada segi kesihatan mental ketika pandemik covid 19. Keperluan
perkhidmatan kaunseling sangat meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Bagi membantu masyarakat
terkesan daripada segi kesihatan mental 3 talian Hope Line Pusat Kaunseling dibuka dan salah satunya
berfungsi 24 jam bagi membantu mereka yang memerlukan.
75

