Page 67 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 67

saya Haji saya nak buat kursus kan 3 hari kursus tu. Klinik kaunseling katakan. Boleh! Kalau boleh kita
               nak ramai lagi kaunselor buka klinik sendiri. Nampak tu. Masyarakat pada hari ini dah mula trust,
               percaya tetapi perkhidmatan kita tu. Bila keluar daripada bilik kaunseling tu, apa you dapat. Kalau
               jumpa doktor, you keluar dapat Panadol. Jumpa bomoh dapat air segelas, air jampi. Jumpa kaunselor
               dapat apa? Sebab tu perlu tu, bila jumpa kaunselor, keluar, ha macam tadi tak jadi bunuh diri, tak jadi
               bercerai.


               BK 25  Adakah kita perlu menyelidik dan meneliti kualifikasi sebagai kaunselor di sekolah atau mana-
               mana?


               HH      26        Benda  kecik-kecik  tu.  Tapi  ramai  sekarang  nak  bercerai  pasal  ni  la.  Pasal  duit  la
               sekarang. Suami orang dengan bini orang. Banyak juga kes. Dekat pejabat ni la. Balik rumah bercerita
               dengan  suami,  suami  tak  dengar.  Buat  tak  tahu,  main  handphone  ketawa  sorang-sorang.  Betul.
               “Bengkek” la bini. Datang pejabat jumpa pula misalnya kawan sepejabat cerita-cerita ha mula la kan,
               jumpa  8  jam  paling  lama,  betul.  Ha  itu  saya  nak  bagitahu  antara  kita  kata  kaunseling.  Lepas  tu
               Kaunseling remaja. Kaunseling kerjaya kan. Banyak, lepas tu dari segi akidah, macam-macam la hari
               ni. Banyak. Sebenarnya kaunseling very demanding. Saya cakap terus terang. Saya dah 16 tahun tak
               ada cuti. Hari-hari ada kes. Penat la. Tapi macam mana orang memerlukan. Sekarang pulak masa
               pandemik,  bukan  sahaja  face  to  face  tapi  melalui  ini,  kauseling  melalui  telefon.  Daripada  kedah,
               Kelantan, Terengganu. Staf-staf tu semua. Yang terbaharu pulak saya ada buat whatsapp pula. Sebab
               ramai sangat pulak staf. So panel kaunselor saya kan jawab dulu. Sebelum kita rujuk kepada kaunselor.


               BK        27        Itu memang menampakkan masalah rumah tangga itu berkait dengan demanding
               untuk kaunseling itu sendiri.


               HH      28      Cuma kita nak kena latih ya kaunselor-kaunselor kita ni supaya dia bukan sahaja ada
               ilmu, ada etika tetapi juga iaitu keberkesanan sesi kaunseling itu. Itu paling penting tu. Apa impak, apa
               efek bila dia jumpa kaunselor. Dapat sesuatu ya.


               BK        29        Ok Tuan Haji Hushim soalan seterusnya berkaitan dengan pengalaman Tuan Haji
               sendiri mengendalikan keluarga yang pernah mempunyai anak remaja atau pun anak muda yang cuba
               membunuh diri. Bagaimana penerimaan keluarga tersebut? Ataupun kesedaran keluarga tersebut
               selepas telah mengetahui anak mereka ini pernah ada cubaan membunuh diri.


               HH        30        Siapa  yang  boleh  terima  bila  ada  anak  yang  cakap  nak  bunuh  diri.  Tak  kira  la  yang
               beragama Islam ke, agama Hindu ke Buddha, Kristian ke boleh dikatakan parent semua tak dapat




      46
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72