Page 69 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 69

BK        33         Maksudnya betulkan balik budaya bermasyarakat tu?


               HH        34        Ya betul. Budaya ini kena ada balik. Minta maaf la saya nampak budaya ni sekarang
               kita kata makin terhakis makin longgar. Kau, kau, aku, aku jiran pun tak ambil tahu dan sebagainya
               kan. Dan ramai juga tidak tahu apa berlaku jiran sebelah. Nampak tu, sebab masing-masing ialah hari
               ni  sebab  kita  kurang  bersosial,  kita  ada  dah  ni  jiran  baharu,  ha  ni  jiran  baharu  kita,  handphone,
               handphone.  Masing-masing  tengok  pergi  mana-mana  pun  masjid  ke  makan  ke  semua  pegang
               handphone  kanJ  adi  kita  dah  kurang  tau,  dah  kurang.  Pemimpin-pemimpin  masyarakat  termasuk
               pemimpin politik hendaklah menggerakkan ini. Janganlah bercakap banyak aje. Jangan bercakap pung
               pang pung pang tapi tak buat kerja. Lebih kepada iaitu bagaimana nak menyatukan masyarakat. Kalau
               tidak nanti lebih ramai orang bunuh diri. Saya cakap terus teranglah. Jadi kita kena gerakkan itu. Kita
               kena gerakkan masjid, surau, gereja kuil. Kita gerakkan misalnya komuniti masyarakat. Ada tu. Apa
               gunanya ada jawatakuasa pemimpin masyarakat di cawangan-cawangan dan daerah-daerah. Buat apa
               kan. Ha kita kena gerak kan lah. Ko nak jadi pemimpin, ha pimpin la. Sebab tu orang kata nak melantik
               orang tu lantik lah orang yang pakar. Ini lantik misalnya orang dalam bidang misalnya bisnes, nak suruh
               urus kaunseling masyarakat hancur lah. Ha nampak tu. Kan dalam Islam kata, lantiklah orang yang
               pakar dalam bidang, yang layak. Ini tak ada. Dia pulak. Dia bidang busines, bidang politik lepas tu sibuk
               nak urus masyarakat. Keluarga sendiri pun lingkup. Sorry to say, saya boleh cakap terus terang. Yang
               datang jumpa saya semua golongan datang jumpa saya. Semua level datang jumpa saya. Kadang-
               kadang cakap kat luar bukan main pandai lagi, cakap pung pang pung pang, anak dua orang pun tak
               boleh jaga. You cakap tapi you tak ada ilmu dan tak buat. You tak boleh jadi model you tau tak. Hari ni
               ramai bapak yang tak jadi model. Sorry to say. Ini semua kita kena bentuk dalam masyarakat balik.
               Jadi ini penting dalam masyarakat iaitu kita panggil support system. Maknanya kalau ada jiran sebelah
               katakan ada dengar anak dia misalnya nak nak lari daripada rumah ke apa benda kita amik tahu. Hari
               ni Dr. tahu tak kalau anak jiran sebelah lari daripada rumah, jiran sebelah pun tak tahu, jiran tak tahu.
               Saya cakap terus terang, saya berani cakap sebab saya yang buat kes tu. Ha ni jiran sebelah “Nampak
               tak anak saya?” “Nampak panjat paggar tapi tak tahu dia buat apa. Tiba-tiba dah lari dah.”


               BK        35         Tidak mengenali dengan rapat la ya maksudnya?


               HH  36  Haa  tak  ada.  Kau,  kau,  aku,  aku.  Masyarakat  hari  ini  sekarang.  Jadi  ini  juga  perlu  kita
               memupuk kan jadi hendaklah bermula daripada sekolah, universiti, pensyarah-pensyarah pun nak
               kena juga ni, kumpul pensyarah UPSI biar saya bagi ceramah sikit macam you nak menerapkan kepada
               pelajar-pelajar universiti supaya mereka tu kan tak kira lah dia jadi cikgu ke apa ke, tapi bagaimana
               bila dia nanti keluar daripada universiti dia nak jadi support system dalam masyarakat. Sebab tu kan
               jadi kita benda ni kena terapkan daripada universiti lagi sebenarnya.











     48
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74