Page 70 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 70

BK  37  Benda  ini  juga  adalah  selari  dengan  keperluan  masalah  yang  wujud  pada  waktu  zaman
               sekarang ini. Sepertimana yang kita tahu memang, masyarakat kita walaupun kita ni bersosial tetapi
               kita banyak menyendiri.


               HH        38         Sebab menyendiri sebab kita ada benda ni (handphone). Kita ada benda ni. kita ada
               ini.  Kita  tengok  Facebook,  kita  tengok  Instagram  Whatsapp  semua  tu  kan.  Jadi  kita  kurang
               berkomunikasi secara kita kata face to face. Kita banyak berkomunikasi secara alam maya. Macam
               sekarang  ni  saya  berkomunikasi  dengan  Dr.  kan,  Dr.  di  Tanjong  Malim,  saya  di  sini.  Apa  benda?
               Nampak tak? Kalau nak bercakap mesyuarat dalam masjid pun, bercakap melalui alam maya. Macam
               mana. Semua alam maya berlaka. Kena betul kan benda ni sebenarnya. Kalu tidak nanti masyarakat.
               Kesan daripada pandemik ini dia akan beri kesan banyak tau kepada pelajar-pelajar. Ramai datang
               jumpa  saya  cakap  apa,  “atuk,  kalau  boleh  sekolah  ni  tak  buka  terus  lagi  baguslah”  pada  diorang
               seronok. Kadang-kadang saya buat lawak juga, apasal cakap macam tu? Cuba cakap kat atuk kenapa?
               “alaa tok, tak best la tok, malam-malam boleh main game tok, besok bangun lambat, tak payah pergi
               sekolah. Sekolah pun cikgu tak membebel.” Habis tu mama dan daddy macam mana? “mama dan
               daddy sporting, tak ada masalah”. Ada parent yang sangat sporting dan menyebabkan anak itu hancur.
               Nampak? Ada ibu bapa yang tegas sangat, ada yang ambil berat sangat. Berbagai-bagai pattern the
               parenting skill.


               BK       39        Itu yang kena diperhalusi dari peringkat awal. Bagaimana kita nak membentuk anak
               kita. Di sini saya boleh simpulkan daripada temu bual ringkas kita pada hari ini di mana Tuan Haji
               Hushim  menekankan  peranan  keibubapaan  diperingkat  awal terutama  pra  perkahwinan,  sebelum
               berkahwin tu kita dah tahu ilmu keibubapaan, kemudian mempunyai anak, kemudian anak membesar
               di peringkat kanak-kanak, remaja sehingga lah dia dewasa. Maksudnya ilmu parenting itu bersifat
               berterusan. Itu yang saya nampak dan ilmu-ilmu keibubapaan ini membantu pelajar ataupun kita
               mencapai  tahap  kesejahteraan  di  mana  boleh  mengurangkan  kadar  cubaan  bunuh  diri  terutama
               dalam kalangan remaja pada waktu pandemik ini.


               HH     40     Sebab apa Dr. sebab bila ibu bapa ada ilmu parenting ini dia yang penting komunikasi,
               yang kedua good listener dan yang ke tiga ialah bonding. Anak-anak ini nak dipeluk selalu, tengok anak
               kita. Makin besar makin menjauh. Tengok anak perempuan, masuk je form 1, form 2, form 3, bila ayah
               nak peluk dah tak mahu lagi. Anak lelaki, mak nak peluk dah tak nak. Jadi anak masa umur tu dia makin
               jauh daripada kita. Sedangkan dari segi kita kata kehidupan, yang penting ialah masa remaja tu. Sebab
               masa tu dia banyak konflik. Masa tu la dia jatuh cinta, putus cinta, Saya yang banyak juga buat kenapa
               nak bunuh diri? Boyfriend lari, Ada. Isu boyfriend, satu lagi dah terlanjur, nak bunuh diri juga.


               BK      41      Mungkin pihak kami akan berhubung lagi dengan Tuan Haji. Bukan dalam kalangan
               pelajar sahaja, dalam kalangan pensyarah dan staf juga memerlukan kursus keibubapaan ini. Saya
               nampak terutamanya macam Tuan Haji kata kan semua lapisan memerlukan ilmu keibubapaan ini.




                                                                                                          49
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75