Page 68 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 68

terima tau bila anak nak bunuh diri. Dan kebanyakkan yang jumpa saya parent akan menangis la, dan
               juga kata orang tu akan amat takut lah. Jadi dia biasanya kalau macam tu dia parent akan datang
               berulang-ulang kali utuk buat sesi lepas tu sesi follow up tu banyak lah supaya anak tu dah betul-betul
               dah  mula  lah  kata  orang  tu  tak  mahu  lagi  bunuh  diri,  tak  nak  lagi  dah.  Tak  ada  halusinasi  untuk
               membunuh diri. Jadi biasanya sesi kaunseling berlaku biasanya lebih kerap, dan dari sini lah maka
               kepercayaan ibu bapa kepada kaunselor. Dia melihat sendiri perubahan-perubahan anak dia, bila balik
               tu anak dia berubah, tapi paling penting sekali ialah ibu bapa itu perlu ada ilmu dulu sebab sebuah
               keluarga itu, ayah adalah ketua keluarga. Ayah sebagai ketua kan. Bagaimana ayah, kalau dulu ayah
               tak bercakap dengan anak, kalau dulu ayahnya asyik marah-marah aje. Kalau dulu misalnya ayah ni
               asyik tengking-tengking aje, ayah asyik beza-bezakan anak saje kan. Jadi itu semua ayah akan berubah
               180 darjah. Ilmu tu dapat kat mane? Dapat masa sesi kaunseling. Itu kesan dia. Nampak tu. Dan dari
               situ la dia akan dapat dia dapat dan mereka akan kata orang tu ikut apa sahaja yang kaunselor cakap.
               Mereka akan balik dan mereka akan tengok kesan dan anak tu berubah. Dan untuk pengetahuan Dr.
               dah banyak dah saya buat, saya buat dah bertahun-tahun sebenarnya kauseling ni dah mencecah 40
               tahun sebenarnya, daripada tahun 80-an lagi. Daripada sekolah lagi, kaunseling sekolah, lepas itu
               universiti lepas itu saya buka klinik sendiri. Ramai dah klien-klien saya ni, nak bunuh diri ni bukan
               sekarang. Dulu-dulu lagi dah ada dah kan. Dulu-dulu, jadi bila kita buka kaunseling, ada yang budak-
               budak ni sekarang ada dah yang dah berjaya dalam kerjaya, peniagaan. Jadi ramai la yang whatsapp
               dekat saya terima kasih la Tuan Haji kerana anak saya dulu ingat tak lagi nak bunuh diri, sekarang
               Alhamdulillah dah kahwin, anak dah tiga kan. Jadi itu hasil kita yang 12 tahun dulu. Daripada situ la
               maka  orang  trust  kepada  kita  untuk  wujud  sebagai  kaunselor.  Nampak  tu.  Nampak  kan  ada
               perubahan. Dan kita tengok dekat sini, peranan ibu bapa sangat penting dan sokongan yang paling
               penting adalah dalam keluarga itu sendiri. Sebab tu kita lihat kaunseling keluarga itu sangat penting
               untuk menyokong supaya anak-anak itu boleh membina keyakinan diri semula, dia tak nak bunuh diri
               lagi dah.


               BK      31      Itu kalau kita lihat dari segi konteks keluarga ya Tuan Haji. Kalau kita melihat daripada
               segi konteks masyarakat sekeliling, kejiranan ke kan? Bagaimana mereka ini boleh membantu juga
               dalam menangani isu bunuh diri terutama dalam kalangan belia ataupun remaja?


               HH    32    Ok, dalam soal ini saya nampak yang penting ialah isu-isu contoh nya minta maaf saya
               cakap ya, sebenarnya kita bermasyarakat ni, bermasyarakat. Sebab hari ni ini kita tengok, bila berlaku
               pandemik  dan  sebagainya,  masyarakat  lebih  kata  orang  tu  (mengata),  jiran-jiran  semuanya.
               Sebenarnaya semua orang susah hari ni. Semua susah. Jadi betapa perlunya kita kata menghidupkan
               balik kalau boleh disuasana di masjid, surau macam kita la kan, ataupun di gereja ataupun di kuil dan
               sebagainya itu. Klien saya semua kaum ada Cina ada India ada semua adakan. Jadi saya ingat ini
               masyarakat ini yang kat situ komuniti itu perlu bergerak kearah untuk support system.











                                                                                                           47
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73