Page 10 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 10
TEAM BUILDING FSK DI KEM BUMI JATI, SHAH ALAM
Pelbagai aktiviti telah dirancang dalam memastikan tujuan dan hasrat utama penganjuran Team
Building ini tercapai. Pihak Fakulti telah melantik konsultan bagi menguruskan aktiviti kepada
ahli fakulti. Selain memupuk kerjasama yang erat, merapatkan hubungan silaturrahim, fakulti
juga menerapkan elemen kepimpinan dalam jiwa setiap ahli fakulti. Sepertimana pusat
tanggungjawab yang lain, terdapat salah satu hari yang perlu diperuntukkan kepada urusetia
yang dilantik oleh pihak universiti untuk menjalankan aktiviti dalam memastikan hasrat utama
pelaksanaan program ini tercapai.
Ahli fakulti telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mana ahli kumpulan terdiri
dari pelbagai gred jawatan tanpa mengira usia. Di sinilah keakraban, rasa hormat-menghormati,
saling bantu membantu serta ahli akan lebih kenal mengenali dengan lebih dekat. Pihak fakulti
turut menjemput YBhg. Prof. Dr. Marzita Puteh, Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, UPSI
selaku wakil Pengurusan Universiti dalam slot JKPU Talk. Di sinilah ahli diberi peluang dan ruang
untuk bertanya serta melontarkan idea dalam membangunkan fakulti khususnya dan universiti
umumnya.
Program Team Building yang dilaksanakan ini merupakan satu titik permulaan bagi semua ahli
fakulti untuk saling bekerjasama dan lebih memahami antara satu sama lain. Dengan
pelaksanaan program selama 4 hari 3 malam ini semua warga dilihat semakin akrab dan semakin
menyerlah dengan semangat berpasukan dalam menguruskan tugas-tugas harian. Dilihat program
yang dilaksanakan ini berjaya menyuntik semangat kekitaan dan kebersamaan semua ahli
fakulti. Diharapkan hubungan silaturrahim dan kebersamaan ini dapat dikekalkan dalam jiwa
setiap ahli fakulti.
EDISI 3
8 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

