Page 11 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 11
BERITA FAKULTI
MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LoI)
KERJASAMA ANTARA FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
(UPSI) DAN JAPAN DA’WAH CENTRE (JDC)
Pada 4 Oktober 2022, bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun, Fakulti Sains Kemanusiaan
(FSK) telah diadakan Majlis Menandatangani LoI kerjasama antara Jabatan Pengajian Islam,
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Japan Da’wah Centre
(JDC).
Majlis ini telah dimulakan pada jam 3.00 petang dengan dihadiri tetamu Kehormat iaitu tiga
orang ahli dari JDC iaitu Encik Zulkarnain Hasan Basri, Founder Japan Da’wah Centre and CEO
,
Nippon Muslim Corporation Puan Nur Haziqah Hishamudin (Project Coordinator Da’wah & New
Muslim Programme, Muslimah Division dan Cik Maaya Madihah Fujii (Da’wah & New Muslim
)
).
Programme, Japanese Muslimah Division Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh YBrs Profesor
Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa iaitu Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, YBrs Dr. Abd Hadi
Borham selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Muhammad Akramin Kamarul
Zaman (yang menjalankan tugas Ketua Jabatan Pengajian Islam), Prof. Madya Dr. Ahmad Zulfiqar
Shah Abdul Hadi, Encik Muhamad Hasbi Abd Rahman serta pensyarah-pensyarah Jabatan
Pengajian Islam dan barisan ahli pengurusan fakulti.
EDISI 3
9 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

