Page 14 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 14
Kedua-dua institusi telah bersetuju untuk mengembangkan lagi kolaborasi sedia ada ini
dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta kerjasama lain. Dalam
majlis tersebut turut dipersetujui beberapa kolaborasi yang akan dilaksanakan iaitu
Program Pertukaran Kakitangan (Lecturer Exchange selama 1 semester, penilai bersama
)
artikel jurnal untuk Jurnal UIN dan FSK (Jurnal Reviewer), Penulis artikel untuk edisi khas
bagi penerbitan Jurnal UIN, program pertukaran pelajar, penerbitan bersama, penyelidikan
bersama (geran sepadan), kolaborasi dalam pengkomersilan produk, lantikan sebagai
penilai luar bagi disertasi program sarjana serta program khidmat komuniti. Dengan
termeterainya cadangan kolaborasi ini diharapkan dapat memberi manfaat kecemerlangan
kedua-dua institusi.
EDISI 3
12 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

