Page 13 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 13

BERITA FAKULTI




            MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LoI)

            KERJASAMA ANTARA FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

            (UPSI) DAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) RADEN
                             FATAH PALEMBANG, INDONESIA



      Tanggal 11 November 2022 bertempat di Bilik

      Mesyuarat      Ibnu     Khaldun,     Fakulti    Sains
      Kemanusiaan (FSK) telah berlangsung Majlis
      Menandatangani LoI kerjasama antara Jabatan

      Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,
      Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan

      Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah
      Palembang, Indonesia. Majlis telah dihadiri
      seramai 6 orang Delegasi dari UIN Raden Fatah

      Palembang yang diketuai oleh Prof. Dr. Nyayu
      Khodijah, S.Ag., M. Si, Rektor, UIN Raden Fatah

      Palembang. Bagi pihak Fakulti Sains Kemanusiaan
      seramai 11 orang kakitangan telah hadir sama.


                                                    Dokumen LoI ini dengan rasminya telah
                                                    ditandatangani oleh Prof. Madya. Ts. Dr. Nor
                                                    Kalsum     Mohd     Isa,   Dekan,    Fakulti   Sains

                                                    Kemanusiaan, UPSI dan Dr Hamidah, M.Ag,
                                                    Timbalan Rektor III, mewakili pihak UIN Raden

                                                    Fatah Palembang. Melalui cadangan kolaborasi
                                                    ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk
                                                    menjalinkan kerjasama berkaitan kolaborasi

                                                    akademik terutamanya           dalam penganjuran
                                                    webinar, program pertukaran kakitangan dan

                                                    pelajar, penglibatan pelajar dalam program-
                                                    program     anjuran    kedua-dua     agensi    serta
                                                    pelaksanaan Latihan Mengajar.




                 EDISI 3
  11         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18