Page 9 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 9
BERITA FAKULTI
TEAM BUILDING KUNCI UTAMA MEMUPUK
KEBERSAMAAN
Kakitangan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
telah menyertai Program Team Building pada 24 hingga 27 Ogos 2022 bertempat di Kem Bumi
Jati, Shah Alam, Selangor. Seramai 97 orang ahli fakulti telah mengikuti Program Team Building
ini.
Program Team Building ini merupakan sebahagian dari usaha YBhg. Prof Dato’ Dr. Md Amin Md
Taff, Naib Canselor UPSI dalam memastikan setiap Pusat Tanggungjawab dapat bersatu hati,
mengurangkan jurang perbezaan serta memupuk kebersamaan sesama ahli. Hal ini diharapkan
dapat diterapkan dalam tugas seharian. Semua ahli fakulti diwajibkan hadir program tersebut
tanpa mengira pangkat dan gred jawatan.
EDISI 3
7 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

