Page 12 - flip pibg_Neat
P. 12

8.2    Usul 2 : Memastikan murid-murid beratur semasa membeli makanan.


                      Usul ini diajukan oleh Puan Siti Sara binti Marzuki. Jawapan kepada usul ini adalah murid-
                      murid memang sudah sedia beratur semasa membeli makanan.

               8.3     Usul 3 : Mengurangkan aktiviti untuk murid Tingkatan 3 dan 5 supaya dapat menumpukan
                      lebih masa pada pelajaran.

                      Usul ini diajukan oleh Encik Omar bin Mohamad. Jawapan kepada usul ini adalah murid
                      mempunyai semangat yang tinggi. Mereka memilih untuk terlibat dan mampu memberi
                      komitmen yang tinggi.

               8.4    Usul 4 : Keperluan untuk mewujudkan almari buku di kelas bagi mengelakkan beban beg
                      sekolah yang berat.


                      Usul ini diajukan oleh Encik Harmizi bin Saidin. Jawapan kepada usul ini adalah
                      sememangnya sudah disediakan almari buku di dalam kelas.


               8.5    Tiada sebarang usul dibahaskan. Segala cadangan telah dikumpulkan terlebih dahulu melalui
                      borang edaran dan jawapan bagi setiap cadangan telah diberikan secara bertulis dalam buku
                      laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 dan dibahaskan secara panjang lebar.

        9      HAL-HAL LAIN

               9.1    Encik Syed Amri (waris) mencadangkan tempat menunggu di kantin bagi waris yang
                      menunggu anak mereka di asrama ditambah baik agar lebih selesa. Pengerusi menyatakan
                      perkara itu boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

               9.2    Encik Shariff bin Mustafa mencadangkan agar pihak sekolah mengemukakan surat
                      permohonan untuk setiap program. Ahli Jawatankuasa PIBG perlu tahu setiap program yang
                      ingin dilaksanakan dan setelah diluluskan barulah program tersebut boleh dijalankan. Pengetua
                      menjelaskan semua program yang dijalankan sudah mendapat kelulusan. Terdapat juga
                      program yang dijalankan lebih dari sekali maka program ini sudah menjadi program rutin.
                      Untuk program rutin, permohonan sudah tidak diperlukan lagi.


               9.3    Seterusnya Encik Shariff bin Mustafa memohon agar pihak sekolah berbincang dengan
                      peniaga-peniaga di tepi jalan yang berniaga di awal pagi sehingga menyebabkan jalan menjadi
                      sempit dan menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka. Pengerusi menjelaskan
                      bahawa pihak sekolah akan mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu ini.


               9.4    Encik Shariff bin Mustafa juga meminta pihak sekolah menyelesaikan masalah jalan berlubang
                      di pintu keluar sekolah. Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah membuat
                      permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JKR juga sudah bersetuju memberikan
                      sumbangan. Pihak sekolah akan mengutamakan kawasan-kawasan tertentu terlebih dahulu.

               9.5    Puan Norshila binti Md Said menambah tentang peniaga yang berniaga di tepi jalan perlu
                      mempunyai sijil kebenaran. Beliau juga meminta pihak sekolah menasihatkan murid-murid
                      agar tidak membeli makanan daripada peniaga yang tidak mempunyai sijil kebenaran kerana
                      khuatir terdedah kepada penyakit. Pengerusi bersetuju dan memaklumkan perkara ini akan
                      diserahkan kepada pihak berwajib.






                                                                      MESYUARAT AGUNG PIBG
                                                                      SMKSA 47/2021                                9
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17