Page 13 - flip pibg_Neat
P. 13

9.6    Puan Norshila binti Md Said menyatakan rasa bimbang kerana papan kenyataan (billboard) di
                      hadapan sekolah pernah jatuh semasa ribut. Beliau meminta pihak sekolah membina billboard
                      mengikut spesifikasi tepat supaya billboard tersebut kukuh. Pengerusi menjelaskan billboard
                      tersebut tidak jatuh dengan sendirinya sebaliknya ditimpa pokok.

               9.7    Puan Norshila binti Md Said bertanyakan cara meningkatkan prestasi mata pelajaran
                      Matematik Tambahan. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah mengambil cikgu pakar yang
                      boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk cintakan Matematik Tambahan. Pengetua
                      menerangkan bahawa pihak sekolah sudah mengambil inisiatif untuk meningkatkan prestasi
                      mata pelajaran Matematik Tambahan. Walaubagaimanapun, perkara utama yang menyumbang
                      kepada prestasi mata pelajaran ini adalah sikap pelajar sendiri. Pihak sekolah mempunyai
                      perancangan untuk membawa pakar motivasi terkenal, Ustaz Ebit Liew untuk memberikan
                      motivasi kepada murid-murid.


               9.8    Akhir sekali Puan Norshila binti Md Said mencadangkan agar pihak sekolah mengecat Dewan
                      Sultanah agar lebih berseri. Pengerusi menjelaskan bahawa ia merupakan cadangan yang baik
                      dan boleh dipertimbangkan. Namun begitu, kosnya agak tinggi.

        10     UCAPAN PENANGGUHAN

               10. 1 Encik Shariff bin Mustafa mewakili waris pelajar berterima kasih atas komitmen pihak sekolah.
                      Beliau berharap kerjasama antara waris dengan pihak sekolah dapat meningkatkan prestasi
                      sekolah. Beliau juga menyatakan pihak waris boleh membantu menjalankan aktiviti gotong-
                      royong bagi menceriakan kawasan sekolah. Beliau juga berharap PIBG dapat peruntukan
                      sumbangan yang lebih besar bagi menjayakan sambutan hari guru untuk menghargai jasa guru
                      – guru di SMK Sultanah Asma kerana berdasarkan laporan kewangan, sumbangan bagi
                      menjayakan hari guru sangatlah kecil. Maklum balas daripada YDP PIBG iaitu Tn. Haji Abu
                      Seman ialah sumbangan yang diberikan adalah kecil kerana pada Sambutan Hari Guru, guru –
                      guru mendapat tajaan daripada pihak lain dan turut diraikan oleh pelajar seperti jamuan makan
                      daripada pelajar.

               10.2   Wakil AJK PIBG mengucapkan terima kasih kepada guru -guru dan berharap pada masa akan
                      datang kerjasama antara AJK PIBG dengan guru- guru lebih mantap kerana ibu bapa juga
                      perlu bekerjasama untuk kecemerlangan anak-anak.

               10.3   Pn. Pengetua, Pn. Hajah Zurina Abdul Hamid menyampaikan rasa terima kasih kepada semua
                      waris kerana hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini. Beliau juga berterima kasih atas
                      teguran dan cadangan daripada pihak waris. Sungutan dari para waris akan diambil tindakan
                      segera. Pengetua mengingatkan kepada semua agar jangan riak dengan menganggap bahawa
                      kita lebih tinggi daripada sekolah lain. Pengetua memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang
                      bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Pihak sekolah bercadang mengambil syarikat swasta
                      untuk membersihkan dewan dan sebut harga yang diberikan oleh syarikat tersebut adalah
                      sebanyak RM 3, 400. Pihak sekolah menolak kerana terlalu mahal.


               10. 4 YDP PIBG Tn. Haji Abu Seman Bin Sareh Md. Isa mengucapkan syabas kerana berjaya
                      mengadakan mesyuarat secara professional. Beliau memaklumkan bahawa perkara yang perlu
                      dibaiki akan dibaiki demi kegemilangan anak – anak SMK Sultanah Asma. Beliau juga
                      memaklumkan bahawa ini adalah Mesyuarat Agung PIBG terakhir bersama Pengetua sebelum






                                                                      MESYUARAT AGUNG PIBG
                                                                      SMKSA 47/2021                               10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18