Page 9 - flip pibg_Neat
P. 9
BUTIRAN MESYUARAT
1. ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi majlis, Puan Syuraini Binti Abd Sukur mengalu-alukan kehadiran para waris dan
guru serta mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sultanah Asma kali ke 46. Seterusnya
beliau menjemput Tuan Haji Mohd Fathi bin Salleh Helmi untuk melafazkan bacaan doa.
2. UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA
2.1 Puan pengetua mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan mengucapkan
rasa syukur kerana semua perancangan mengadakan mesyuarat PIBG berjalan lancar. Beliau
juga merakamkan sekalung penghargaan kepada guru dan AJK PIBG yang bekerja keras demi
menjayakan mesyuarat PIBG ini.
2.2 Puan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana usaha membantu pihak
sekolah dalam menyelesaikan masalah air (pam air) dan membaik pulih wakaf-wakaf di
sekolah bersama-sama alumni.
2.3 Puan Pengetua memaklumkan pihak sekolah turut menerima sumbangan dari alumni seperti:
• I Love Asma (batch 1998)
• Jubin dewan (batch 1986)
• Laman JDP (batch 1988)
2.4 Pihak PIBG juga turut memberikan sumbangan yang besar untuk aktiviti kokurikulum seperti
menyediakan duit poket untuk squash, sumbangan untuk jurulatih olahraga, hoki, bola baling,
inovasi dan robotik sehingga dapat membeli robot dan menghantar murid bertanding keluar
negara tetapi tahun ini dibatalkan kerana Covid 19. Sumbangan dari PIBG membolehkan
sekolah memasuki pelbagai pertandingan.
2.5 Puan Pengetua turut memaklumkan keputusan SPM 2019 yang mana sekolah berupaya
mengekalkan prestasi di mana pada tahun 2018 GP sekolah adalah 2.19 menguncup kepada
2.01 membolehkan sekolah tersenarai sebagai sekolah harian terbaik negeri Kedah dan
menjadikan Sekolah Tunku Fatimah sebagai kayu pengukur kecemerlangan.
2.6 Puan Pengetua juga membentangkan program-program akademik yang dijalankan bagi
mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik SMK Sultanah Asma iaitu program program
biasa dilaksanakan secara luar biasa seperti kelas tambahan pada Jumaat – Sabtu di mana
minggu genap (Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan) dan minggu ganjil (zero point
untuk subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah dan Bahasa
Inggerisadalah untuk membantu para pelajar yang gagal di dalam sesuatu subjek di peringkat
awal lagi sebelum mereka melangkah masuk ke tingkatan 3 atau 5. Program-program sekolah
iaitu Kem Ilmu, Pecutan Akhir, Teknik Menjawab, Headcount dan program Waris Dedikasi,
Puteri Terbilang juga dijalankan bagi membantu murid-murid secara menyeluruh.
2.7 Puan pengetua memaklumkan bahawa unit Hal Ehwal Murid juga memainkan peranan dalam
membentuk sahsiah dan disiplin seseorang murid. Peratus kehadiran murid pada bulan Januari
dan Februari ialah 96% dan kebanyakan murid tidak hadir ke sekolah adalah disebabkan sakit.
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMKSA 47/2021 6

