Page 10 - flip pibg_Neat
P. 10

Pada bulan Ramadhan, dibawah unit HEM sekolah menjalankan Ziarah Kasih Ramadhan
                      melibatkan sumbangan dari guru, zakat dan waris digunakan untuk membeli baju raya kepada
                      murid yang tidak berkemampuan. Mereka dibawa ke butik pakaian untuk memilih sendiri
                      pakaian yang diminati dan diberikan duit raya sebanyak RM5 kepada semua murid dan guru
                      tanpa mengira kaum. Guru-guru turut menziarahi keluarga murid untuk melihat sendiri
                      kesusahan yang dihadapi keluarga mereka. Ziarah Cakna turut dijalankan sempena Tahun
                      Baru Cina dengan menziarahi rumah pelajar berbangsa Cina yang tidak berkemampuan
                      (aktiviti menziarah ini juga dilakukan selain waktu perayaan).

               2.8    Ramai pelajar menyertai pelbagai pertandingan peringkat daerah, kebangsaan dan menempa
                      banyak kejayaan seperti pertandingan NILAM , murid kita mendapat Naib Johan di peringkat
                      Negeri, Kategori Bahasa Melayu tewas kepada SBPi Kubang Pasu dan Bahasa Inggeris tewas
                      kepada Convent SP. Puan Pengetua Berharap semua barisan PIBG sekolah terus komited
                      dalam mencapai kecemerlangan sekolah.


        3      UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2021

               3.1    Yang Dipertua (YDP) PIBG, Tuan Haji Abu Seman Bin Sareh Md. Isa mengucapkan syukur
                      dengan izinNya dapat berkumpul sekali lagi. Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa
                      yang hadir pada petang ini dan mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana bersama -
                      sama bekerja dalam menjayakan pelbagai program yang perlu diadakan setiap tahun.

               3.2    Beliau juga memaklumkan bahawa PIBG merupakan rakan kongsi sekolah. Hal ini demikian
                      kerana melalui permuafakatan kerjasama yang erat dapat diwujudkan. Permuafakatan juga
                      memerlukan penglibatan daripada semua pihak.

               3.3    Beliau menjelaskan sumbangan PIBG juga telah digunakan sebaik – baiknya bagi membantu
                      membiayai urusan persekolahan. Beliau juga berharap supaya pihak sekolah meneruskan
                      kesinambungan Program Ziarah Ramadhan bagi mengukuhkan sahsiah sekolah dan sekaligus
                      menyemarakkan ukhwah islamiyah. Pada Ramadhan tahun 2019, seramai 60 orang pelajar
                      miskin dan pekerja kebersihan sekolah menerima sumbangan dalam bentuk bahan mentah.

               3.4    Beliau juga berharap semua murid SMK Sultanah Asma mampu mencapai cita- cita. Hal ini
                      perlulah bermula dengan kemenjadian akademik dan sahsiah pelajar yang terpuji dalam era
                      kecanggihan teknologi ini.


               3.5    PIBG turut bekerjasama dalam Program Ziarah Cakna iaitu program menziarahi rumah murid
                      sekaligus mengurangkan isu keciciran murid, mewujudkan sekolah penyayang dan disamping
                      mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan para guru.

               3.6    Seramai 3 orang pelajar yang kurang bernasib baik diberikan sumbangan oleh PIBG bagi
                      mencapai kejayaan. Hal ini bukan satu tugas yang mudah, namun pihak PIBG sentiasa peka
                      dan prihatin terhadap permasalahan murid – murid SMK Sultanah Asma. Selain wang ringgit,
                      En. Abu Seman juga menjelaskan kerjasama ibu bapa sangat penting. Semua pihak perlu
                      memainkan peranan masing – masing bagi memastikan SMK Sultanah Asma melakar
                      kejayaan dan murid perlu berusaha dengan lebih gigih agar menjadi insan cemerlang selaras
                      dalam misi dan visi sekolah.









                                                                      MESYUARAT AGUNG PIBG
                                                                      SMKSA 47/2021                                7
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15