Page 11 - flip pibg_Neat
P. 11

3.7    Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan
                      demi memastikan kejayaan anak - anak.


               3.8    Tuan Haji Abu Seman Bin Sareh Md. Isa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -46.

        4      MENELITI DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 45

               4.1     Pn. Khaujahrubiyah binti Ngah selaku Setiausaha PIBG membentangkan                   Minit
                       Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 yang lalu.

               4.2    Encik Md Shuhaimy bin Osman (waris) mencadangkan laporan ini disahkan dan disokong
                      oleh Encik Abd Karim (waris).


        5      PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

               5.1    Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

        6      MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020

               6.1    Setiausaha membentangkan laporan jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.

               6.2    Puan Mazlina binti Jamil mencadangkan laporan ini diterima dan disokong oleh Puan Nur
                      Azilawati.


        7      MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR
               31 DISEMBER 2019

               7.1    Puan Norasyikin binti Nasri selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan yang
                      berakhir pada 31 Disember 2019.

               7.2    Encik Syed Amri (waris) bertanyakan tentang ETOS dan TPP.

               7.3    Bendahari menjelaskan ETOS adalah sumbangan yang dipersetujui oleh waris untuk
                      membantu pasukan pancaragam dan sukan manakala TPP adalah singkatan bagi Tabung
                      Peningkatan Prestasi. Wang TPP digunakan untuk membuat salinan bahan mengajar dan
                      latihan, menjalankan bengkel-bengkel Teknik Menjawab serta meriso kertas peperiksaan.

               7.4    Pengerusi menambah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), SMK Sultanah Asma
                      (SMKSA) mesti mempunyai ETOS yang tersendiri. ETOS SMKSA adalah pancaragam.
                      Perbelanjaan bagi sebuah pasukan pancaragam adalah tinggi dan salah satu aspek adalah
                      bayaran jurulatih.


               7.5    Cik Salina binti Ismail (waris) mencadangkan laporan ini diterima dan disokong oleh Encik
                      Syed Amri.

        8      MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL

               8.1    Usul 1: Meningkatkan koordinasi antara aktiviti kokurikulum dan akademik

                      Usul diajukan oleh Puan Kalsom binti Kayat. Jawapan kepada usul ini adalah aktiviti
                      kokurikulum dan akademik sudah seimbang. Aktiviti sukan sudah dilaksanakan dan selepas ini
                      lebih banyak aktiviti akademik dan ko-akademik.







                                                                      MESYUARAT AGUNG PIBG
                                                                      SMKSA 47/2021                                8
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16