Page 31 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 31

MUHAMMAD AMIR ASYRAAF BIN M.N.JAYA SAPUTRA

          BADRUL AMIN BIN MOHD JUPRI

          NURUL SYAMIMI BINTI AZMAN





         Abstrak :


         Kemudahan parkir yang mencukupi di sekitar bangunan terutama di kawasan awam
         adalah  semakin  meruncing  dan  padat  dengan  pertambahan  jumlah  bilangan
         kenderaan dan masalah ruang parkir yang terhad. Ini menyebabkan masalah double

         parking,  triple  parking, kenderaan  yang  diletakkan  dibahu  jalan  dan  di  tempat  yang
         tidak sepatutnya semakin berleluasa. Untuk mengatasi masalah ini, satu sistem parkir
         yang sistematik dan terkini sangat diperlukan  bagi  perkhidmatan sistem parkir  yang

         lebih berkesan. Seiring dengan keperluan ini, kami membuat satu inovasi pada sistem
         parkir yang sedia ada supaya dapat memberi perkhidmatan sistem pakir yang lebih
         berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi. Matlamatnya untuk memudahkan

         pencarian parkir pada pakir-pakir ditempat umum yang mempunyai ruang yang terhad
         dan  padat  terutama  diwaktu  puncak.  Sistem  ini  menggabungkan  penggunaan
         kawalan  automatik  dan  sistem  elektronik. Sistem  pakir  ini  dinamakan  Sistem  Parkir

         Pintar.  Sistem  ini  mempunyai  paparan  digital  yang  akan  memudahkan  pencarian
         parkir  yang  kosong.  Paparan  digital  ini  di  pasang  diluar  kawasan  parkir  untuk
         memberi maklumat terkini berkenaan jumlah bilangan pakir dan bilangan ruang parkir
         yang  masih  boleh  dimasukki.  Dengan  ini,  ia  mampu  menjimatkan  masa  pengguna

         untuk mencari ruang parkir tanpa perlu memasukki ruangan pakir. Menaik taraf sistem
         letak  kereta  konvensional  adalah  amat  diperlukan  di  kawasan  parkir  yang  sesak

         seperti di hospital. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem pakir ini, cadangan
         penambahbaikkan  adalah  masa  akan  datang  ialah,  orang  ramai  boleh  mencari
         ruangan pakir yang kosong hanya dengan menggunakan aplikasi atas talian.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36