Page 34 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 34
NAZATUL NURNATASYA BINTI MOHD NAZAN
NUR ALIQA KHALEELA BINTI ALYWIN DAMIAN
NURIN HAWANI BINTI NOOR HIZAL
Abstrak :
Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan
perkhidmatan yang lebih baik (Kementerian Dalam Negeri, 2021). CostMEx ialah
singkatan kepada “Costing use Microsoft Excel”. Tujuan CostMEx ini diwujudkan
adalah untuk membantu para peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) mengira
kos per unit. Industri Kecil Dan Sederhana ditakrifkan sebagai perusahaan
perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan
dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mengambil kakitangan
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Masalah yang seiring berlaku dalam
kalangan peniaga IKS ialah daripada aspek penentuan harga produk. Hal ini kerana
kebanyakkan peniaga IKS ini tidak mengira kos per unit bagi produk yang dikeluarkan
atas faktor kekurangan ilmu dan pendedahan. Objektif inovasi ini ialah memudahkah
peniaga IKS membuat pengiraan kos per unit. Sistem ataupun lembaran kerja yang
direka di dalam perisian Microsoft Excel dapat memudahkan peniaga-peniaga IKS
mengira kos seterusnya penentuan harga produk yang dapat membantu
mengelakkan kerugian. Selain itu, aplikasi atau perisian yang ada di pasaran
memerlukan peniaga membeli atau membayar caj penggunaan pada harga tertentu.
BORANG RINGKASAN ABSTRAK PERTANDINGAN INOVASI 2021 Justeru itu,
inovasi ini dapat memudahkan peniaga IKS untuk mengira kos per unit dengan
mudah dan tepat dengan menggunakan helaian Costmex ini.
Kata Kunci : Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Kos Per Unit dan Helaian CostMEx

