Page 36 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 36
RAJA MUHAMMAD IRFAN BIN RAJA MOHD TAUFIQ
IRFAN SHAZRIQ BIN MUIZ ZABIB
Abstrak :
Pada era globalisasi yang semakin berkembang dengan penemuan suatu teknologi
yang memudahkan cara untuk melaksanakan suatu bidang dan lapangan kerja. Kami
ingin menginovasikan suatu projek iaitu sistem pintu keselamatan bilik darjah yang
berfungsi secara automatik. Ianya amat sesuai kerana kami melihat beberapa
teknologi tinggi yang hanya meningkatkan pintu keselamatan berpagar sahaja, jadi
kami mengambil inisiatif untuk menginovasikan projek kami iaitu pintu keselamatan
bilik darjah. Kami memilih projek sistem pintu keselamatan bilik darjah ini adalah
untuk memperketatkan lagi keselamatan bilik darjah tanpa menggunakan kunci dan
manga. Permasalahan yang sering berlaku di kelas adalah kehilangan barang yang
sering terjadi di setiap kelas dan pelajar yang di amanahkan oleh guru untuk
memegang kunci pintu kelas tetapi selalu terlupa untuk membawa ataupun selalu
dating lewat ke kolej. Objektif projek yang kami tekankan ialah memfokuskan sistem
keselamatan pintu bilik darjah, memudahkan pelajar dan pensyarah memasuki ke
kelas tanpa menggunakan kunci dan projek ini dikendalikan oleh peranti yang lebih
mudah iaitu telefon bimbit. Metadologi bagi projek ini adalah menggunakan sistem
aplikasi BLUETOOTH supaya projek dapat bergerak dengan lancar. Kendalian projek
pada litar ialah komponen yang mengesan isyarat penggera berbunyi kereta yang
diubah suai litar menjadi kunci keselamatan pintu bilik darjah. Kendalian projek pada
BLUETOOTH dengan cara, berjalan di hadapan pintu bilik darjah. Kemudian
membuka telefon bimbit dengan membuka aplikasi BLUETOOTH. Seterusnya,
padankan isyarat pintu keselamatan bilik darjah dan sesiapa sahaja boleh
menggunakan aplikasi ini tetapi perlu menggunakan kata kunci untuk membukanya.
Selepas itu, mendapat penerimaan isyarat daripada BLUETOOTH. Akhir sekali pintu
keselamatan dapat di akses dan pintu di buka secara automatik. Melalui hasil kajian
projek sistem pintu keselamatan bilik darjah selamat diguna pakai.

