Page 35 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 35
MUHAMMAD RAZIQ AIMAN BIN JAMAL
KHAIRUL AIZAM BIN ABU HASHIM
KHAIRUL MUZAMMIR BIN MAYADI
Abstrak :
Keselamatan dan kekemasan semasa melakukan latihan amali di bengkel Automotif
Kolej Vokasional Klang merupakan aspek yang penting dalam memastikan suasana
kerja yang produktif. Namun, sering dikatakan bahawa kedua – dua aspek ini tidak di
ambil berat oleh pelajar semasa melakukan kerja di ruang kerja amali. Kajian ini
dijalankan adalah untuk membantu para pelajar program Teknologi Automotif
memastikan aspek keselamatan dan kekemasan di aplikasikan oleh pelajar semasa
melakukan latihan amali. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrument kajian
dalam mengenalpasti masalah mengenai keselamatan dan kekemasan tempat kerja
di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang. Responden adalah dari pela-
jar 1 SVM , 2 SVM dan 1 DMD. Secara keseluruhannya, para pelajar mempunyai
masalah dalam mengekalkan dan mengaplikasikan keselamatan dan kekemasan
emasa melakukan kerja amali di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang.
Oleh itu, kajian yang akan diadakan dipercayai akan membantu para pelajar dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Kajian yang akan diadakan akan bermula dengan
mereka bentuk produk. Tiga reka bentuk akan direka dan hanya 1 reka bentuk yang
terbaik akan dipilih. Reka bentuk dibuat bermula dengan lakaran, seterusnya akan
direka bentuk menggunakan AutoCAD. Pembangunan produk akan menggunakan
kaedah fabrikasi logam seperti memotong, menebuk dan mengimpal besi dengan
komponen produk. Produk yang telah siap akan diaplikasikan semasa latihan amali.
Keberkesanan produk akan dinilai menggunakan satu set soal selidik. Hasil soal
selidik tersebut akan di analisis dan dipercayai hasil dari soal selidik tersebut akan
menyelasaikan masalah yang dihadapi dan memberi kesan yang positif kepada
pelajar program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang.

