Page 32 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 32
MUHAMMAD FAUZAN BIN FADLY
MOHAMMAD AMAR HARIS BIN AZNAN
NUR SYAKIRAH BINTI MADEHI
Abstrak :
Kajian ini dibuat untuk menyelesaikan masalah utama yang sering berlaku di bengkel
pemesinan industri Kolej Vokasional Klang iaitu pelajar yang sukar untuk membuat
proses penandaan kerana bilangan pelajar yang ramai. Ia akan mempengaruhi masa
penandaan untuk proses menebuk lubang dilakukan. Secara keseluruhannya sukar
untuk pelajar yang kurang mahir memberikan perhatian kerana tergesa-gesa dengan
pelajar yang lain. Seterusnya, masalah yang sering dihadapi pelajar adalah kekangan
masa ketika melakukan projek terutamanya ketika menebuk lubang, pelajar
hendaklah berwaspada dengan setiap penandaan yang dilakukan kerana dalam
bidang pemesinan ini ukuran teramatlah penting. Berdasarkan pemerhatian yang
d ilakukan oleh kami, masalah ini sering berlaku kepada pelajar yang tergesa-gesa
untuk melakukan proses menebuk lubang contohnya ketika minggu peperiksaan
untuk melakukan amali pentaksiran akhir

