Page 38 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 38
FAIQ NABIL ASYRAF BIN FIRDAUS ILHAM
MUHAMMAD SYAZWAN BIN SYAHRUL NIZAM
MUHAMMAD SAUFI BIN SAHRULAZIZI
Abstrak :
Konkrit bertetulang merupakan salah satu daripada bahan komposit pembinaan pertama,
yang dihasilkan dari konkrit dan keluli. Sebelum digunakan dalam sektor pembinaan, konkrit
bertetulang adalah bahan rekaan lanskap. Konkrit bertetulang merupakan salah satu
pembelajaran yang terdapat dalam Program Binaan Bangunan dimana terdapat amali untuk
membengkokkan besi konkrit bagi menghasilkan cincin besi beton. Namun begitu, proses
amali yang dijalankan secara manual adalah menggunakan paku yang diletakkan pada
meja kayu. Banyak kelemahan proses manual ini dikenalpasti antaranya tidak ergonomik,
mengambil masa yang lama, tidak tepat dan tidak fleksibel. Oleh yang demikian, satu
inovasi jig membengkok tetulang konkrit direkabentuk dan dibangunkan bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Terdapat 3 fasa utama yang terlibat dalam kajian ini iaitu analisis
keperluan, rekabentuk dan pembangunan dan penilaian. Hasil dapatan analisis mendapati
projek telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar Kolej Vokasional
Klang. Kesimpulannya, penghasilan projek jig membengkok tetulang konkrit ini banyak
memberi manfaat khususnya pada pelajar-pelajar di dalam bengkel. Dengan adanya projek
ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian, menjimatkan masa dan
tenaga serta mudah dikendalikan.
Kata Kunci : Jig bengkok, Konkrit, Kolej Vokasional (KV)

