Page 37 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 37
MUHAMMAD NASHRUL NAJMI BIN HALIM
MUHAMMAD ARIF HAKIM BIN MOHD ROHAIZAK
YUS ADLI HAKIM BIN YUS ROZI
Abstrak :
Terdapat beberapa jenis ikan yang hidup di dalam air sejuk antaranya ikan kap. Ikan
kap perlu hidup di dalam air sejuk dengan suhu 20°C hingga 25°C. Ramai rakyat
Malaysia yang meminati untuk menternak ikan dirumah. Ikan kap sangat sesuai
untuk diternak di kawasan rumah. Namun begitu, kesesuaian untuk menternak ikan
kap agak terhad di sesuatu tempat kerana ikan tersebut memerlukan penjagaan rapi
untuk memastikan ikan sentiasa aktif dan berada dalam keadaan yang baik. Projek
inovasi ini bertujuan untuk merekabentuk sebuah kolam ikan yang mempunyai air
sejuk mengikut suhu yang ditetapkan sepanjang masa. Selain itu, projek ini adalah
untuk memudahkan penternak-penternak ikan kap untuk mengekalkan air yang
bersuhu hingga 25°C. Reka bentuk sistem ini menggunakan konsep sistem Reach in
Cabinet untuk menyejukkan air di Kolam Ikan Mini. Reka bentuk sistem ini
mengambil kira beberapa faktor yang melibatkan sistem asas Penyejukan dan
Penyamanan Udara. Pemasangan perpaipan kuprum bagi projek ini menggunakan
komponen asas seperti pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat
dengan tambahan aksesori lain seperti tangki penerima, penapis pengering dan kaca
cerap bagi menambah kecekapan sistem.

