Page 21 - pengurusan hem
P. 21
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
JAWATANKUASA SPBT/BOSS
PENGERUSI : PN SHAMSIAH BT JAMIL ( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI : EN AZHAR BIN YASIN (GPK HEM)
SETIAUSAHA : PN NURULZATUL IRKIN BT BAHRIN
AJK :
UST MOHD NADZUAN BIN HASHIM
PN WAN NOORZIEANA BT WAN ISMAIL
PN NOORZALILAH BT MOHAMAD
PN NURHIKMAHANA BT BAHAMAN
SEMUA GURU KELAS
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
A. JAWATANKUASA HAL EHWAL PELAJAR
Tugas :
Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi
fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan
sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke semasa.
Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan
diambil ke atas pelajar berkenaan.
Membincangkan dan membantu masalah kebajikan pelajar dengan tujuan untuk
membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa
mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas sekolah.
Mesyuarat :
Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan
mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang
kepada keperluan dan budi bicara guru besar.
Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan
membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan
cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan

