Page 22 - pengurusan hem
P. 22
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajarpelajar. (Semua Ahli
Jawatankuasa di kehendaki hadir).
Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa mengikut
keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat bahawa sidang
demikian perlu diadakan. (Semua Ahli Jawatankuasa di kehendaki hadir).
B. LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
pekeliling Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.
Membantu menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh badan
disiplin.
Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara
atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975.
Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat
tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
Bekerjasama dengan badan disiplin sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin
dalam semua majlis sekolah.
Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Menerima laporan badan disiplin dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya. Menanam semangat kekitaan melalui slogan „SEKOLAHKU
SYURGAKU‟ supaya peraturan sekolah menjadi satu cara hidup.
Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diperturunkan kuasa oleh Guru Besar.
Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan
pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada sekolah, ppd,jpn
dan Kementerian Pelajaran.
Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin pelajar.
Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa / penjaga dalam menangani
masalah disiplin.

