Page 23 - pengurusan hem
P. 23
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin
Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua
guru. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke semasa di
perhimpunan sekolah.
Bertanggungjawab :
➢ Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan
HEM.
➢ Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
➢ Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan
sekolah.
➢ Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
➢ Menyediakan laporan tahunan Lembaga Disiplin.
➢ Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.
Guru Disiplin :
Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam dipraktikkan di sekolah.
Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua.
Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga
dalam menangani masalah disiplin.
Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah
di kalangan pelajar dan guru.
Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang
disiplin/buku laporan disiplin.
Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong
Kanan HEM seminggu sekali.
Menghubungi pihak polis (jika perlu).
Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot
check).
Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius
seperti:

